Pages

Wednesday, February 24, 2010

Cerita Sabun

Sabun Tahan Mengantuk (boleh percaya ke???)

Saya tidak sempat untuk mencungkil idea untuk menjana pendapat saya yang baru. Kini saya terlalu sibuk dengan perniagaan yang baru. Sabun Aqura. Apa yang sabun ini tampak berbeza dengan sabun yang acap kali kita gunakan pabila mandi? Apa yang Luar Biasa mengenai sabun ini? Benarkah apa yang tertera pada tajuk di atas?

Pada mulanya seorang kawan saya mengajak saya memulakan bisnes ini kerana keuntungan yang besar apabila memasarkan produk ini. Namun bagi saya, keuntungan itu bukan di tahap paling tinggi apabila berniaga kerana pandangan saya pelanggan yang utama dan pertama (Customer is always right). Saya telah diajar daripada kecik (dulu keluarga buka kedai runcit) apabila berniaga, layan pelanggan sebaik mungkin. Sedangkan ketika saya bekerja (selepas SPM, cari duit poket sikit la) di KFC, saya disuruh melayan pelanggan dengan mesra dan sentiasa jaga hati mereka.

Setelah beberapa ketika, entah mengapa hati saya seakan- akan tertarik dengan peluang ini. Tidak semena- mena saya telah terjebak di dalam peluang yang mulanya saya perlekehkan ini. Setelah mendengar penerangan pada pendaftaran perniagaan ini, saya rasa sangat yakin boleh memasarkan produk ini. Oh ya, saya terlupa. Saya telah mencuba sabun ini beberapa kali dan hasilnya, memuaskan. Oleh sebab itulah saya yakin, saya mampu menarik pelanggan kerana bukan saya seorang yang telah mencuba keberkesanan sabun ini tetapi beberapa rakan saya juga setuju dengan saya.

Selepas balik daripada pendaftaran itu, saya terus mereka (design balik) iklan yang diberi oleh orang atas saya agar sesuai dengan persekitaran saya (UTM). Ketika hampir saya menyiapkan iklan, tiba- tiba kawan saya berminat untuk mencuba seterusnya membeli sabun ini (customer pertama). Saya sangat terkejut (ALLAH) kerana belum pun saya menyiarkan iklan ini, sudah ada pelanggan (kawan- kawan ramai da tau, cuma belum yakin untuk membeli) yang ingin membeli sabun ini (ALLAH Maha Pemurah). Saya menjadi lebih bersemangat dan yakin sabun ini (insyaALLAH) dapat dipasarkan lebih meluas.

Alhamdulillah, pada malam pendaftaran itu sahaja kami (syer dengan kawan yang mengajak tadi) telah berjaya menjual hampir 10 ketul sabun ini (ALLAH, rezeki). Baiklah, itu cerita daripada saya. Tapi mlm tadi kami (saya dan partner) baru balik daripada pendaftaran kedua (buka akaun lagi satu) kami, kami terdengar cerita yang seakan- akan mustahil bagi saya.

If you ever think that it is impossible, try your best and make it i’m-possible!!!

Seorang kenalan baru kami, berjaya menjual 80 ketul sabun dalam masa 3 hari! Hebat? Allah Maha Hebat!!! Dia bukanlah seorang yang berpangkat besar mahupun seorang yang kaya tetapi apa yang saya belajar daripada dia; Gigih, buang sikap malu dan fokus. Baiklah, bagaimana pula jika seorang lagi kata : “aku da habis jual 80 ketul sabun dalam 1malam.” Macam mana agaknya pandangan kita? Mungkinkah dia PENIPU??? Tidak,memang benar dia mampu jual kesemua 80 ketul sabun itu. Rahsianya? Kawan- kawan yang ramai dan produk yang luar biasa.

-Saya akan sambung dalam ruangan seterusnya KELEBIHAN SABUN AQURA.


2 comments:

  1. salam. hai abg! i wanna know more about ur life.. after this, tulis la psl ur life kt uni ek.. x kisah if u think ur life there is kinda boring, but it's ok.. just wanna hear the latest news bout u ok, my lil bro? XOXO

    ReplyDelete
  2. ok2...em...t la...pas blk ke utm...huhu...
    thx 4 da advice...

    ReplyDelete

Dengan Nama ALLAH