Pengalaman mampu mengajar kta erti sesebuah kehidupan. Tidak semestinya dengan pelbagai masalah yang kita hadapai, kita rasa hidup ini tiada gunanya. Saya punya pelbagai masalah peribadi, keluarga, cinta dan macam- macam lagi. Bak kata sesetengah orang, ‘kalau tiada masalah, tiada cabaran untuk terus kita hidup’. Kata-kata ini pernah membuatkan saya termenung seketika. Bagi saya, segala apa yang terjadi ada sebabnya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
Saya telah berniaga sejak dari sekolah rendah lagi. Saya pernah berangan- angan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Pertama sekali saya mencuba, menjual kredit (topup yang untung sikit je) ketika saya di matrikulasi. Sayangnya disebabkan kewangan, keuntungan dan permintaan yang rendah menyebabkan saya terpaksa melupakan hasrat tersebut. Namun apabila bercuti, saya mengikuti kawan saya membuka gerai burger (jaga duit jer. $_$ ) dan belajar serba sedikit pengurusan syarikat.

Kini saya telah memulakan kembali perniagaan top-up di UTM kerana keuntungan, kewangan dan pelanggan yang menggalakan. Walaupun pada mulanya sambutan yang kurang memberangsangkan. Mungkin kerana saya masih baru. Mulanya saya bermula dengan modal RM30 sahaja. Tetapi kini saya telah meningkatkan modal saya kepada RM250 dan keuntungan yang saya dapat hampir mencecah sekali ganda penggunaan kredit saya.

Rezeki Allah. Alhamdulliah. Dan kini, saya sentiasa mencari peluang perniagaan yang baru. InsyaAllah, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Amin.
No comments:
Post a Comment