Pages

Friday, December 31, 2010

2010 is History 2011 is Mistery

Salam dan selamat sejahtera...

Dah lama tak post kat blog ni...memandangkan masa yang singkat selepas final exam...habis final,cadangnya ada program Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) kat Melaka. Tapi ada rezeki, dapat pergi ke Indonesia (MALINDO) di bawah kelolaan Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM). Alhamdulillah, banyak perkara yang dapat belajar. Yang paling penting, kesedaran diri meningkat. Baru sedar dari lamunan yang sangat panjang...

Tak sangka yang selama ini banyak membuang masa melakukan perkara yang agak sia- sia. Ternyata fikiran tidak terlalu berkembang sebelum ini, tapi setelah sampai ke Indonesia memang betul- betul terbuka minda ni. Memang tidak dinafikan, tuntutlah ilmu sampai ke China. Tapi saya masih belum sampai ke sana. Mungkin satu hari nanti, diizinkan Allah insyaALLAH...

Berbeza dengan Malaysia, Indonesia lebih produktif daripada Malaysia bagi pandangan sahabat saya yang juga peserta program MALINDO. Saya terpaksa setuju kerana memang itu hakikatnya. Selama ini saya kurang menyukai rakyat Indonesia secara jujur, tetapi setelah berada di sana. My mind was totally changed. They were indeed nice and friendly. Mungkin disebabkan perbezaan dari segi bahasa yang membataskan kami. Tetapi apa yang saya lihat, mereka memang baik dan sangat toleransi. Setelah beberapa ketika di sana, saya dapat simpulkan sebenarnya kebanyakan rakyat Indonesia yang berpelajaran dan berpandangan jauh sangat mudah untuk didampingi dan bergaul. Cuma sebahagian mereka yang kurang ilmu ini digunakan untuk memecah belahkan perpaduan sesama Malaysia dan Indonesia.

Setelah pulang ke Malaysia, terasa kosong tiba- tiba. There was so many adventure during our trip to any places in Indonesia. Bunyi hon bas boleh kata hampir selang seminit berbunyi. Kenderaan yang agak banyak dan cara pemanduan yang agak berbahaya (berbeza dengan Malaysia) bagi saya. Tetapi saya masih belum nampak kejadian yang tidak sepatutnya. Sampai sekarang saya masih terfikir, bagaimana jika situasi di Indonesia berlaku di Malaysia. Mungkin banyak kemalangan akan berlaku, pergaduhan sesama pemandu kerana kurang semangat bertolak ansur di jalan raya. Saya akui, pemandu di Indonesia lebih bertimbang rasa dan lebih berani berbanding di Malaysia...

Di Malaysia, tugasan yang berlambak telah menunggu. Memang sangat banyak kerana selama ni, banyak membuang masa dan tidak fokus. Untuk berubah drastik adalah tidak mudah, tetapi kini tiada kata 'susah' dalam kamus saya. Perkataan tu, saya cuba kikis sedikit demi sedikit. Dengan mulanya semester baru, saya akan cuba untuk berubah dan menjadi lebih baik. Apa yang diperlukan hanyalah motivasi.

Semoga semester baru ni, menjadikan saya lebih matang dan berfikiran jauh dalam membuat sebarang keputusan. InsyaALLAH, ALLAH sentiasa membantu kita. Hanya kita yang tak sedar. Mudah- mudahan segala masalah dapat saya selesaikan secara berperingkat. InsyaALLAH.

Dengan Nama ALLAH