Pages

Thursday, September 23, 2010

Jun Gong Detox Foot Patch (New Bisnes)


Salam. Setelah beberapa hari saya sibuk dengan 1001 macam perkara, baru saya ada sedikit masa untuk menulis dalam ruangan blog saya ini. Saya sedikit sibuk memandangkan masa digunakan untuk belajar dan perancangan hujung minggu ini untuk menjual bunga sempena Konvokesyen UTM ke-45. Setelah beberapa ketika kami (saya dan partner- partner) menjual produk ini, kami akui produk ini agak menerima sambutan yang agak memuaskan. Produk apa? Jun Gong Detox Foot Patch.



Detox Foot Patch yang kami jual adalah daripada jenama "Jun Gong", diimpot 100% dari Korea. Terdapat banyak jenama dan keluaran dari negara lain yang telah membanjiri pasaran Malaysia, namun setelah membuat penelitian dan percubaan, maka kami telah memilih dari jenama "Jun Gong" dari negara Korea. Produk dan jenama ini amat terkenal di Korea Selatan,dan Jepun, selain menjadi trend di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan negara Eropah dan Amerika.

Kandungan efektif yang ada pada setiap Jun Gong Foot Patch boleh menyerap terus ke urat dan point akupuntur, dan seterusnya membuang sisa toksin dan bahan yang berbahaya di dalam badan kita melalui bawah tapak kaki. Cara ini amat berkesan untuk menghilangkan perasaan tegang, membantu kita tidur dengan lebih mudah dan nyenyak, menambah kualiti baik pada kulit dan kesihatan badan.

Bahan utama di dalam produk ini adalah ektrak buloh yang diperolehi dari buluh asli yang ditanam di kawasan gunung. Kandungan inilah yang mampu menarik keluar toksin dan bahan-bahan sampingan yang berbahaya di dalam tubuh kita.

Kenapa pilih Jun Gong Detox?
- Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
- Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
- Membuang angin dalam badan.
- Mengurangkan allergic, sakit sendi,
- Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
- Menormalkan tekanan dan aliran darah
- Menguatkan sistem immune badan
- Melegakan sakit tumit & tapak kaki
- mengurangkan sembelit, Kembung perut
- membantu masalah jerawat/resdung
- Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
- Mengatasi masalah sukar tidur
- Berpanjangan penggunaan ubat
- Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
- Menyegarkan ketika bangun dari tidur
- Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok

Saya menggalakkan untuk sesiapa yang ingin mencuba atau ingin menjadi pengedar boleh lihat pada Jun Gong Detox.

Sunday, September 12, 2010

Perginya Ramadan, Datangnya Syawal

Salam Aidilfitri…

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH. Kini urusan saya makin mudah dengan adanya DELL INSPIRON ini. Tujuan saya mencoret di ruangan blog ini bukan bertujuan untuk menceritakan mengenai ‘Laptop’ ini, tetapi ingin meluahkan pendapat saya mengenai sambutan Aidilfitri. Pada pandangan saya, sambutan Syawal mungkin tidak begitu meriah kepada kebanyakan rakyat di Malaysia lantaran ekonomi negara kita masih dalam proses menuju negara maju.


Tetapi dengan izin Dia, kita masih mampu menghirup udara sehingga ke hari ini. Syukur kepadaNya. Mungkin kita masih terbeban dengan kerja, kewangan dan 1001 masalah yang masih berlegar- legar di fikiran kita. Di lembaran Syawal ini, kita juga perlu merenung kembali Ramadan yang telah melabuhkan tirai. Adakah kita dapat mengejar keuntungan berganda yang dijanjikan kepada kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri...

Berbalik kepada tujuan saya tadi, sambutan Syawal kali ini kita digalakkan untuk mengadakan rumah terbuka untuk mengeratkan perpaduan sesama umat Islam dan juga bukan Islam. Tetapi kita juga perlu fikirkan mengenai kebaikan dan keburukan untuk setiap perkara yang akan kita lakukan. Bagi saya, tidak salah kita mengadakan rumah terbuka untuk saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga kita. Namun janganlah sampai berlaku pembaziran disebabkan rumah terbuka ini.

Kedua, saya baru menonton berita yang menunjukkan rumah terbuka yang diadakan oleh sebahagian pemimpin- pemimpin di negara kita. Waktu inilah dikatakan waktu yang paling berharga untuk pemimpin- pemimpin ini beramah mesra bersama meraka yang dipimpin. Bukan rakyat yang beramah mesra dengan pemimpin. Ingatlah bahawa rakyat yang memilih mereka untuk memimpin rakyat. Suara rakyat suara keramat. Mungkin ini ungkapan yang sesuai untuk pandangan saya yang kedua ini.

Yang terakhir pula, ialah mengenai batas- batas sebagai seorang umat Nabi MUHAMMAD S.A.W. kerana saya menilai berdasarkan apa saya nampak dan saya luahkan. Rata- rata mereka yang hadir ke rumah terbuka pemimpin kita ini tanpa segan silu bersalam- salaman tanpa mengira jantina. Apakah tidak salah di sisi ISLAM? Jika ditanya saya, YA memang salah. Atau saya yang cetek ilmu? Saya mohon diterangkan kepada saya jika pendapat saya ini wujud kelemahan.

Saya berharap, Syawal yang disambut kali ini dan seterusnya. Kita dapat muhasabah diri kerana bagi saya Syawal disambut kerana kita berjaya mengawal nafsu kita seterusnya meningkatkan ibadah kita selama sebulan Ramadan. Semoga amalan kita ini berterusan kerana masa kian suntuk berdasarkan pemerhatian saya. Ingatlah ajal maut di tanganNya. Ya Rasulullah, berikan syafaat kepada umatmu yang kian lemah ini. Ya ALLAH, janganlah kau pesongkan hati kami setelah Kau berikan kami petunjuk. Amin...

7:41PM

1 Syawal 1431H

Dengan Nama ALLAH