Pages

Wednesday, January 12, 2011

Larangan yang Dibantah (ARAK)...


Salam dan selamat sejahtera kepada yang bukan Islam. Hari ini saya terbaca berita MPSJ Larang Umat Islam Kerja Di tempat Jual Arak di www.malaysiakini.com dan apa yang saya fikirkan langkah ini adalah salah satu langkah yang sangat baik seiring dengan hadis Rasulullah SAW :


عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Garis panduan yang ditetapkan oleh majlis perbandaran itu mendapat tentangan sebahagian besar daripada sektor hiburan kerana SEBAHAGIAN BESAR daripada pekerja mereka adalah orang ISLAM!!! Saya tertanya- tanya mengenai isu ini kerana apa yang menghairankan saya kenapa ada yang membantah perkara ini sedangkan sudah ternyata hasil daripada jualan arak itu sendiri adalah HARAM. Dan seperkara lagi, bagaimana pekerja ISLAM boleh bekerja di tempat- tempat sebegini? Mungkin perintah ALLAH belum sampai kepada golongan ini. Mungkin…….

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah saya selaku rakyat yang tinggal di Negeri Selangor menyokong syarat yang dikenakan oleh MPSJ dan berharap agar syarat ini dikuatkuasakan di seluruh peringkat seterusnya Malaysia. Dan kepada mereka yang beragama ISLAM, kembalilah ke ajaran ISLAM kerana makin ramai yang memandang serong terhadap ISLAM kerana umatnya yang berkelakuan sedemikian.

Saya berharap dan berpesan kepada diri saya sendiri agar larangan ALLAH dapat kita jauhi dan patuhi kerana bagi pandangan saya, umat ISLAM kian berpecah dari hari ke hari. Mungkin kita kurang mendalami ilmu ISLAM itu sendiri, tetapi kita juga perlu saling nasihat menasihati sebagaimana dalam surah al-asr yang meyuruh kita saling nasihat menasihati ke arah kebenaran.

Jika apa yang saya kongsikan dalam ruangan ini ada silap dan salah, maafkan saya dan tolong tegur saya dengan kritikan yang membina agar dapat saya betulkan kesilapan saya dan terus belajar dari kesilapan dan kekurangan saya. SALAM…

p/s : Maka dengan demikian, duit yang terhasil dari perkara haram, adalah haram bagi diri pekerja dan diri ‘pemberi gaji’. Oleh itu, wajib kepada pekerja mengambil duit tersebut dan diberikan kepada tempat-tempat kebajikan, seperti rumah anak yatim, fakir miskin dan sebagainya.

Saturday, January 1, 2011

Salam


Salam. Di ruangan ini saya ingin berkongsi satu artikel yang saya copy and paste daripada facebook note. Pagi ini, seorang sahabat saya bertanyakan kepada saya. Yang mana lebih sesuai digunakan untuk memberi salam. Sama ada 'salam' ataupun 'asmkm'? Bagi pandangan saya, salam. Memandangkan artikel ini juga menerangkan serba sedikit cara- cara memberi salam.


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....


baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada LEMAN ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat LEMAN yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong sampaikan kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa…

Sekian, semoga ada manfaatnya.


Segala pendapat dan kritikan amat saya galakkan. Saya juga manusia biasa dan sering melakukan kesilapan, tegurlah saya jika apa yang saya sampaikan ini salah.

Wallahu A'lam...

Dengan Nama ALLAH