Pages

Sunday, August 7, 2011

Perkara-perkara yang digalakkan dilakukan pada bulan Ramadhan.

1) Berniat puasa pada malam harinya.

· Setiap yang berpuasa perlulah mendahuluinya dengan niat pada sebelah malamnya iaitu sebelum datang waktu Subuh

· Niat puasa juga boleh dilakukan untuk sebulan bulan puasa bagi sesiapa yang berpuasa penuh.

“Dari Hafsah, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Barangsiapa tidak membulat niatnya berpuasa sebelum fajar (Subuh), maka tidak ada puasa baginya.”

- Hadith riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan –

2) Makan sahur

· Sunat bagi orang yang berpuasa untuk makan sahur. Menurut Rasulullah SAW, makan sahur ini membawa kebaikkan dan keutamaan bagi yang melakukannya.

· Ia juga mendapat barakah dan keuntungan yang berlipat ganda sepanjang hari ia berpuasa daripada Allah.

“Dari Anas, ujarnya: Rasulullah SAW bersabda: Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkah.”

- Hadith riwayat Bukhari dan Muslim –

3) Melewatkan waktu sahur

· Sunat untuk melambat-lambatkan waktu bersahur iaitu kira-kira 15 atau 10 minit sebelum waktu Subuh.

“Dari Zaid bin Tsabit, berkata: Kami sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya: Berapa lama jarak antara keduanya itu? Baginda bersabda: Lima puluh ayat al-Qur’an.”

- Hadith riwayat Bukhari –

4) Bersahur dengan kurma

· Makanan yang paling besar barakah dan paling baik ialah buah kurma.

· Sesiapa yang mengamalkannya akan mendapat pahala.

· Merupakan sebahagian daripada sunnah nabi.

“Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik- baik makanan sahur bagi orang mukmin adalh kurma.”

- Hadith riwayat Hibban dan Baihaqi –

5) Mandi untuk menyegarkan badan

· Sesiapa yang berpuasa dibolehkan untuk membasahkan kepala pada pagi hari, siang atau petang sama ada kerana panas atau haus.

· Berendam juga dibolehkan untuk mengelak daripada kemudharatan.

“Dari Abu Bakar bin ‘Abdur Rahman, dari seorang sahabat Nabi SAW berkata: Saya pernah melihat Rasulullah SAW mandi membasahkan kepala baginda ketika baginda berpuasa kerana haus atau kerana panas.”

- Hadith riwayat Ahmad Malik dan Abu Dawud –

6) Meninggalkan perbuatan dan ucapan yang sia-sia

· Sesiapa yang berpuasa tetapi terus melakukan perbuatan-perbuatan atau ucapan-ucapan yang tidak baik tidak akan mendapat pahala dari puasanya itu. Contohnya melawak kerana ia adalah perbuatan yang sia-sia.

“Dari Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda: Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan curang, maka Allah sama sekali tidak memerlukan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (puasa).”

7) Menyegerakan berbuka puasa

· Adalah digalakkan untuk menyegerakan berbuka puasa dan sesiapa yang menyegerakan berbuka puasa akan medapat pahala yang lebih baik daripada orang yang melambat-lambatkan berbuka.

“Dari Sahl bin Sa’ad, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Manusia sentiasa akan dalam kebaikkan selama ia menyegerakan dalam berbuka”

8) Mendahulukan berbuka puasa dari bersolat Maghrib

· Digalakkan bagi sesiapa yang berpuasa untuk mendahulukan berbuka puasa dari bersolat Magrib

· Semasa berbuka digalakkan agar tidak tergesa-gesa tetapi tidaklah terus lalai dalam berbuka hingga terlepas waktu Maghrib.

“Dari Anas berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan sebelum solat Maghrib; dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.”

9) Berbuka puasa dengan kurma

· Makanan yang paling baik untuk berbuka puasa ialah kurma.

· Sekiranya tiada buah kurma maka bolehlah bebuka dengan air putih kerana ia adalah penawar dan ubat bagi orang yang berpuasa.

· Sesiapa yang mengamalkan berbuka dengan kurma atau air putih akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah Nabi SAW.

“Dari Sulaiman bin ‘Amir Adh-Dhabbiyi seorang sahabat, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Bila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah dia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah dia berbuka dengan air kerana air adalah pembersih.”

- Hadith riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi –

10) Memperbanyakkan sedekah

· Digalakkan memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulab lain walaupun hanya seteguk air kepada saudaranya untuk berbuka puasa.

“Dari Ibnu ‘Abbas, berkata: Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawanannya pada bulan Ramadhan ketika Jibrail menemuinya. Jibrail biasanya menemuinya setiap malam Ramadhan, lalu tadarus Al-Qur’an (dengan baginda). Sungguh Rasulullah SAW ketika ditemui oleh Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikkan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.”

- Hadith riwayat Bukhari Muslim –

11) Memperbanyakkan tadarus Al-Qur’an

· Adalah menjadi sunnah Rasulullah memperbanyakkan tadarus Al-Qur’an pada malam bulan Ramadhan.

“Dari Ibnu ‘Abbas, berkata: Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawanannya pada bulan Ramadhan ketika Jibrail menemuinya. Jibrail biasanya menemuinya setiap malam Ramadhan, lalu tadarus Al-Qur’an (dengan baginda). Sungguh Rasulullah SAW ketika ditemui oleh Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikkan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.”

- Hadith riwayat Bukhari Muslim –

12) Memperbanyakkan istighfar

· Memperbanyakkan istighfar sepanjang bulan Ramadhan antaranya ialah:

1) Mengucapkan “laa ilaha illallah”

2) Mengucapkan “astaghfirullah”

3) Memohon masuk syurga dan

4) Memohon terhindar dari seksa neraka dengan membaca “Allahumma as’alaukal jannata wa’ a’uzubika minannar.”

· Bacaan istighfar ini tidak terhad hanya untuk malam sahaja tetapi boleh dibaca pada bila-bila masa.

13) Mengerjakan solat terawih

· Sentiasa mengerjakan solat terawih iaitu solat yang dilakukan selepas solat Isyak sama ada secara berjemaah ataupun sendirian.

14) Membaca al-Qur’an dengan bacaan yang indah.

· Digalakkan membaca al-Qur’an dengan nada dan suara yang baik bersesuaian dengan kaedah tajwid.

· Membaca Al-Qur’an merupakan amalan tambahan dalam bulan Ramadhan.

“Dari Barra’ bin ‘Azib berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah bacaan Al-Qur’an dengan suara kamu.”

- Hadith riwayat Ahmad, Nas’I dan Ibnu Majah –

15) Iktikaf

· Iktikaf atau duduk diam atau tinggal menyendiri dalam masjid untuk beribadat kepada Allah SWT.

16) Memperbanyakkan amalan ibadat dalam masa 10 hari terakhir.

· Setiap orang Islam digalakkan meningkatkan amalan ibadat sunat mereka pada 10 malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan.

“Dari ‘Aisyah, berkata: Adalah Rasulullah SAW bila memasuki sepuluh hari terakhir, baginda menguatkan pinggangnya dan menghidupkan malamnya serta membangunkan isteri-isterinya.”

- Hadith riwayat Bukhari dan Muslim –

17) Mencari Lailatul Qadar

· Sentiasa berjaga bermula dari pertengahan malam hinggalah ke Subuh pada malam-malam ganjil dalam bulan Ramadhan untuk mencari Lailatul Qadar dan menghidupkan malam-malam tersebut dengan beribadat kepada Allah.

· Malam Lailatul Qadar adalah sama nilainya dengan 83 tahun.

Sabda Rasulullah SAW, “… (iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir, kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29 atau malam terakhir.”

- Hadith riwayat Ahmad –

18) Mengerjakan Umrah.

19) Mengekalkan solat berjemaah terutama Solat Isyak dan Subuh.

· Setiap umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat secara berjemaah terutama solat Subuh dan Isyak.

20) Mengeratkan siratulrrahim.

· Setiap umat Islam digalakkan mengeratkan silaturrahim sesama sendiri dan mengelakkan dari bergaduh dan bermasam muka antara satu sama lain.

Awasilah Puasa Anda

Dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah,

"Puasa adalah perisai, maka apabila seseorang itu berpuasa, janganlah dia menyentuh isterinya, jangan mencaci maki, jangan berkata tidak menentu dan jangan kamu membuat hiruk-piruk. Maka sekiranya ia dimaki oleh seseorang ataupun diserangi dengan kata-kata kesat, maka hendaklah ia berkata 'Aku berpuasa'. Demi Allah yang dirinya (Rasullulah) di dalam genggamanNya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah lebih harum daripada bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa, dua kegembiraan akan dicapai. Yang pertama apabila waktu hendak berbuka daan kedua ialah waktu bertemu dengan Tuhannya (nanti)".

Dengan Nama ALLAH