Pages

Thursday, November 11, 2010

Jadual Hari Pelepasan Am 2011


Thanks to milosuam.blogspot.com untuk info ni...kepada sesiapa yg plan nk cuti.leh tgk kt jadual ni. Pembahagian mengikut negeri.


Sumber daripada JPM.
Again,credit to milosuam.blogspot.com

Haji dan Malcolm X...

Menjelang musim haji yang bakal tiba,saya membaca kembali buku, ''Malcolm X: As They Knew Him" (editor David Gallen,1992) dan kali ini tumpuan lebih diberikan kepada cerita perjalanan haji Malcolm X .

Lebih dikenali sebagai Malcolm X, Malik ElShabazz (1925 –1965), pemimpin pejuang hak asasi kulit hitam di Amerika yang aktif dengan Nation of Islam di bawah pimpinan Elijah Muhammad telah mengalami perubahan yang ketara terhadap pemikirannya sebaik sahaja menunaikan ibadah haji di Makkah.

Sebelum menunaikan ibadah haji, beliau agak lantang memperjuangkan hak-hak bangsa kulit hitam dan dilihat mempunyai sikap anti bangsa kulit putih.

Pada bulan April 20 1964, Malcolm X telah mula menulis pengalaman beliau sewaktu menunaikan haji di Makkah, dan menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan ramai orang berkulit putih yang turut menunaikan haji bersama beliau, semangat kesatuan persaudaraan Islam, dan hal ini membuatkan beliau mulai sedar tentang peranan Islam dalam mengatasi masalah perkauman dan mengatur hubungan antara kaum yang berbeza.

Malcom X telah menghantar poskad kepada sahabatnya, Dick Schaap yang tertulis "Greetings from Mecca" dan menggambarkan kota Makkah sebagai "the fountain of truth, love, peace and brotherhood".

Malcom juga menulis dalam poskad tersebut pengalamannya sewaktu menunaikan haji di Makkah antaranya :-

“Eaten from the same plate with fellow Muslims whose eyes were bluer than blue,whose hair was blond,blonder than blond,whose skin was whiter than white..and we were all the same.''

Dalam poskad pertamanya kepada James Farmer pula, Malcolm X menulis:-

"Dear brother James, I am now in Mecca, the most beautiful and sacred city in the world, where I have witnessed pilgrims of all colors...worshipping Allah in perfect peace and harmony and brotherhood such as I have never seen in the States.''

Malcom X menggunakan nama barunya Malik El Shabazz, menghantar poskad keduanya kepad James Farmer dan beliau mencatatkan coretan berikut:-

"Here I am,back in Mecca. I am still travelling,trying to broaden my mind, for I've seen too much of the damage narrow-mindedness can make of things and when I return home to America, I will devote what energies I have to repairing the damage.''

Dan bila ditanya adakah catatan beliau tersebut menunjukkan berlaku perubahan pada corak pemikirannya, beliau berkata ya dan mengatakan:-

"I have some explaining to do...I was not so lucky as you were. I had very little formal education, eight grades. I am self-educated. I read for myself: mostly in prison I read the dictionary backwards... Consequently I believed everything the Honourable Elijah Muhammad told us and the Honourable Elijah Muhammad told us that Islam was a black man's religion-exclusively-and that the blue-eyed devils could not get close to Mecca, that they would be killed if they tried to enter that sacred city. In Mecca I saw blue-eyed blonds worshipping Allah just as I was, kneeling right beside me, so obviously the Honourable Elijah Muhammad had lied."

Ketika berjumpa dengan sahabatnya Maya Angelou, Malcolm X turut membicarakan pengalaman barunya di Makkah dan mengungkapkan:-

"I have always said whites were blue-eyed devils but I have been to Mecca and I have seen whites with blue eyes with whom I felt a brotherhood,and so I can no longer say this-that all whites are evil.''

Perjalanan kembaranya menunaikan ibadah haji di Makkah ini mencetuskan perubahan kepada pemikiran Malcolm X dari seorang yang memiliki sifat perkauman sempit kepada seorang yang menghargai perbezaan warna kulit, bangsa dan agama seseorang, memperjuangkan persaudaraan sesama umat Islam dan persaudaraan sesama manusia lainnya.

Perjuangan cinta persaudaraan dan kemanusian inilah yang membuatkan beliau berbeza pandangan dengan Elijah Muhammad dan Nation of Islam ketika itu dan akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau.

Pada 1 Februari 1965 tatkala baru mulai menyampaikan pidato di program anjuran Organization of Afro-American Unity (OAAU), Malcom X telah ditembak beberapa kali dan disahkan meninggal dunia selepas itu.

Malcolm X meninggal dunia sewaktu masih muda tatkala aktif dengan jelajah pidatonya di serata dunia memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, keamanan dan persaudaraan sejagat.

-Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
-Penulis adalah exco pendidikan dan penyelidikan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
Malaysia Kini

Monday, November 1, 2010

Gantikan hab hiburan dengan pelancongan ilmu

Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini bertujuan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negara bagi mencapai matlamat mewujudkan negara berpendapatan tinggi, di samping menambahkan peluang pekerjaan bagi dinikmati oleh seluruh warga di bumi Malaysia.

Ini adalah inisiatif ekonomi yang baik, yang diharap dapat membantu setiap lapisan masyarakat, tidak kira di bandar ataupun luar bandar.

Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat dinilai semula bagi memastikan kerajaan tidak terperangkap dalam fenomena 'hukum akibat yang tidak disengajakan' ataupun law of unintended consequences.

Salah satu perkara yang mungkin dapat dinilai semula adalah langkah mewujudkan hab hiburan.

Objektif ETP adalah bagi meningkatkan pendapatan negara ke tahap yang lebih tinggi, dengan memanfaatkan sumber-sumber yang ada dan mewujudkan infrastruktur baru.
Bagaimanapun, adalah dikhuatiri pewujudan hab hiburan, walaupun menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan pendapatan yang tinggi sebagai sasaran, akan menyebabkan negara terperangkap dalam 'hukum akibat yang tidak disengajakan'.



Akhirnya, objektif menjana pertumbuhan ekonomi mungkin tidak tercapai. Bahkan yang berlaku adalah sebaliknya, sesuai dengan fenomena itu.

Ini dapat berlaku disebabkan beberapa perkara. Contohnya, penekanan yang berlebihan pada hiburan dapat menyebabkan produktiviti menurun apabila para belia lebih mementingkan hiburan dan tidak memanfaatkan lebih banyak masa bagi menjana pemikiran bernas, selain tumpuan pada kerja yang menurun.
Seterusnya, produktiviti yang menurun menyumbang pada penguncupan dalam ekonomi.



Selain itu, percambahan hab hiburan dapat menyebabkan kadar jenayah meningkat. Ini kerana umum mengetahui bahawa pusat-pusat hiburan memang menjadi sarang pelacuran dan lain-lain kegiatan negatif seperti pengambilan dadah, di samping aktiviti lain yang merosakkan kesihatan dan minda, yakni pengambilan rokok dan alkohol.

Ketika kadar jenayah meningkat, para pelabur antarabangsa dan juga domestik akan mengalih modal mereka ke tempat yang mana ekosistem keselamatannya lebih terjamin. Seterusnya, pengaliran modal keluar menyumbang kepada penguncupan dalam ekonomi.

Di samping itu, kesan negatif yang timbul ekoran hab hiburan mengakibatkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi menanganinya. Ketagihan dadah, misalnya, menyaksikan kerajaan menanggung kos yang tinggi bagi aktiviti pemulihan penagih dadah.


Seterusnya, lonjakan ekonomi yang terhasil daripada hab hiburan pastinya tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kesan sosial dan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menangani kesan langsung yang berlaku disebabkan hab hiburan. Kesan akhirnya atau 'resultant effect' akan menunjukkan defisit dan bukannya lebihan apabila jumlah yang tinggi terpaksa dibelanjakan bagi membanteras kesan negatif yang timbul.

Tidak lupa juga bahawa penekanan yang berlebihan kepada hiburan dapat menyebabkan hutang isi rumah meningkat berikutan para belia berbelanja secara berlebihan bagi mendapatkan hiburan di kelab malam yang diwujudkan. Peningkatan dalam hutang isi rumah pastinya tidak menyumbangkepada usaha merealisasikan ekonomi yang berdaya tahan.


Memang tidak dinafikan bahawa manusia memerlukan hiburan. Tetapi hiburan yang berlebihan dapat menyebabkan kesan buruk yang berpanjangan, iaitu meliputi kesan sosial dan juga ekonomi.

Penulis ingin mencadangkan supaya hab hiburan yang berpaksikan pelancongan hiburan itu digantikan dengan pelancongan ilmu atau knowledge tourism, iaitu antara lain melalui pembinaan kota buku dan hab ilmu, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab ilmu dan buku yang tersohor di dunia.



Mungkin ada yang beranggapan bahawa cadangan ini agak naif. Walaupun demikian, ia tidaklah tanpa rasionalnya yang tersendiri, memandangkan pelaksanaan program Malaysia sebagai hab ilmu dan buku bukan hanya dapat menarik pelancong dari seluruh dunia (di bawah pelancongan ilmu), malah mampu melonjakkan lagi kualiti pemikiran masyarakat.

Ashadi Zain
Malaysia Kini

Dengan Nama ALLAH