Pages

Wednesday, February 24, 2010

Kelebihan Sabun Aqura

Sabun oh Sabun

Sepertimana dalam ruangan tadi saya ceritakan mengenai peluang untuk berjaya. Di dalam ruangan ini, apa yang ingin saya kongsikan bersama pembaca (jika anda membaca) kelebihan yang ada pada sabun ini dan tiada yang serupa dengan sabun ini. Sabun yang baru 4 bulan dikeluarkan (kini bulan Februari 2010) kini menjadi hangat dalam pasaran malaysia.


Baiklah, yang pertama dan terpenting. Sabun ini hasil daripada bahan semulajadi dan tiada bahan kimia sepertimana yang terdapat di dalam sesetengah sabun pencuci muka dan alat kosmetik. Sabun ini dihasilkan daripada arang pada suhu dan kondisi yang tertentu. Yang kedua, sabun ini mengandungi kuasa ion negatif dan sinaran inframerah yang mana mampu menggetarkan sel darah anda 2000 kali seminit dan mampu melindungi kulit dari proses penuaan (say no to botox).

Yang ketiga, anti- bakteria (mampu mebersihkan sehingga TIGA lapisan kulit) dan ditambah dengan ‘Nano Silver’ yang memberi kesegaran untuk jangka masa yang panjang. Yang keempat, sabun ini juga mampu menghilangkan gatal- gatal pada kulit (anti- allergic) dan bau badan. Dan pelbagai lagi kelebihan sabun ini yang tidak dapat saya terangkan kesemuanya (tak ckup ruang nanti).

Sabun ini tiada kesan sampingan yang membahayakan kerana sabun ini menggunakan 100% bahan semulajadi. Malah sabun ini juga disahkan HALAL oleh JAKIM, maka tiada masalah akan penggunaan sabun ini (insyaALLAH). Terdapat pelbagai testimoni yang telah diberikan oleh pengguna sabun ini yang berpuas hati dengan sabun ini. Ternyata, sabun ini memang berbaloi dan berkualiti kepada kita kerana sabun ini merupakan sabun yang PERTAMA di Malaysia!


Untuk penerangan lebih lanjut, layari laman web i-rafa (international) ataupun e-rafa (malaysia). Jika berminat, sila hubungi kami :

azrol - 0177033640

shah - 0196345477

Cerita Sabun

Sabun Tahan Mengantuk (boleh percaya ke???)

Saya tidak sempat untuk mencungkil idea untuk menjana pendapat saya yang baru. Kini saya terlalu sibuk dengan perniagaan yang baru. Sabun Aqura. Apa yang sabun ini tampak berbeza dengan sabun yang acap kali kita gunakan pabila mandi? Apa yang Luar Biasa mengenai sabun ini? Benarkah apa yang tertera pada tajuk di atas?

Pada mulanya seorang kawan saya mengajak saya memulakan bisnes ini kerana keuntungan yang besar apabila memasarkan produk ini. Namun bagi saya, keuntungan itu bukan di tahap paling tinggi apabila berniaga kerana pandangan saya pelanggan yang utama dan pertama (Customer is always right). Saya telah diajar daripada kecik (dulu keluarga buka kedai runcit) apabila berniaga, layan pelanggan sebaik mungkin. Sedangkan ketika saya bekerja (selepas SPM, cari duit poket sikit la) di KFC, saya disuruh melayan pelanggan dengan mesra dan sentiasa jaga hati mereka.

Setelah beberapa ketika, entah mengapa hati saya seakan- akan tertarik dengan peluang ini. Tidak semena- mena saya telah terjebak di dalam peluang yang mulanya saya perlekehkan ini. Setelah mendengar penerangan pada pendaftaran perniagaan ini, saya rasa sangat yakin boleh memasarkan produk ini. Oh ya, saya terlupa. Saya telah mencuba sabun ini beberapa kali dan hasilnya, memuaskan. Oleh sebab itulah saya yakin, saya mampu menarik pelanggan kerana bukan saya seorang yang telah mencuba keberkesanan sabun ini tetapi beberapa rakan saya juga setuju dengan saya.

Selepas balik daripada pendaftaran itu, saya terus mereka (design balik) iklan yang diberi oleh orang atas saya agar sesuai dengan persekitaran saya (UTM). Ketika hampir saya menyiapkan iklan, tiba- tiba kawan saya berminat untuk mencuba seterusnya membeli sabun ini (customer pertama). Saya sangat terkejut (ALLAH) kerana belum pun saya menyiarkan iklan ini, sudah ada pelanggan (kawan- kawan ramai da tau, cuma belum yakin untuk membeli) yang ingin membeli sabun ini (ALLAH Maha Pemurah). Saya menjadi lebih bersemangat dan yakin sabun ini (insyaALLAH) dapat dipasarkan lebih meluas.

Alhamdulillah, pada malam pendaftaran itu sahaja kami (syer dengan kawan yang mengajak tadi) telah berjaya menjual hampir 10 ketul sabun ini (ALLAH, rezeki). Baiklah, itu cerita daripada saya. Tapi mlm tadi kami (saya dan partner) baru balik daripada pendaftaran kedua (buka akaun lagi satu) kami, kami terdengar cerita yang seakan- akan mustahil bagi saya.

If you ever think that it is impossible, try your best and make it i’m-possible!!!

Seorang kenalan baru kami, berjaya menjual 80 ketul sabun dalam masa 3 hari! Hebat? Allah Maha Hebat!!! Dia bukanlah seorang yang berpangkat besar mahupun seorang yang kaya tetapi apa yang saya belajar daripada dia; Gigih, buang sikap malu dan fokus. Baiklah, bagaimana pula jika seorang lagi kata : “aku da habis jual 80 ketul sabun dalam 1malam.” Macam mana agaknya pandangan kita? Mungkinkah dia PENIPU??? Tidak,memang benar dia mampu jual kesemua 80 ketul sabun itu. Rahsianya? Kawan- kawan yang ramai dan produk yang luar biasa.

-Saya akan sambung dalam ruangan seterusnya KELEBIHAN SABUN AQURA.


Sunday, February 21, 2010

Pengalaman

Kenapa sering kali kita gagal dalam perkara yang kita baru pelajari? Kecewa. Mungkin kita akan rasa kecewa kerana kita gagal. Saya masih ingat dalam subjek sejarah yang pernah saya belajar (kurang minat subjek ni..) dan yang saya tidak akan lupa, sejarah ialah pengajaran. Kita belajar daripada pengalaman kita dan sekeliling kita. Sesiapa yang mengulangi sejarah merupakan seorang yang tidak ingin berubah menjadi lebih baik. Dengan ada nya pengalaman, mungkin kita dapat mengharungi masalah hidup kita dengan lebih baik. Siapa tahu? Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Pengalaman mampu mengajar kta erti sesebuah kehidupan. Tidak semestinya dengan pelbagai masalah yang kita hadapai, kita rasa hidup ini tiada gunanya. Saya punya pelbagai masalah peribadi, keluarga, cinta dan macam- macam lagi. Bak kata sesetengah orang, ‘kalau tiada masalah, tiada cabaran untuk terus kita hidup’. Kata-kata ini pernah membuatkan saya termenung seketika. Bagi saya, segala apa yang terjadi ada sebabnya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

Saya telah berniaga sejak dari sekolah rendah lagi. Saya pernah berangan- angan untuk menjalankan perniagaan sendiri. Pertama sekali saya mencuba, menjual kredit (topup yang untung sikit je) ketika saya di matrikulasi. Sayangnya disebabkan kewangan, keuntungan dan permintaan yang rendah menyebabkan saya terpaksa melupakan hasrat tersebut. Namun apabila bercuti, saya mengikuti kawan saya membuka gerai burger (jaga duit jer. $_$ ) dan belajar serba sedikit pengurusan syarikat.

Kini saya telah memulakan kembali perniagaan top-up di UTM kerana keuntungan, kewangan dan pelanggan yang menggalakan. Walaupun pada mulanya sambutan yang kurang memberangsangkan. Mungkin kerana saya masih baru. Mulanya saya bermula dengan modal RM30 sahaja. Tetapi kini saya telah meningkatkan modal saya kepada RM250 dan keuntungan yang saya dapat hampir mencecah sekali ganda penggunaan kredit saya.

Rezeki Allah. Alhamdulliah. Dan kini, saya sentiasa mencari peluang perniagaan yang baru. InsyaAllah, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Amin.

Saturday, February 20, 2010

Bisnes

Saya berminat dengan bidang perniagaan. Bukan apa, seronok bila berniaga ni. Sedangkan Nabi Muhammad SAW (selawat dan junjungan ke atas Baginda SAW) pun pernah bersabda, 9 per 10 pendapatan atau rezeki kita datang daripada berniaga. Tak kisah la berniaga apa sekalipun. Jual goreng pisang, keropok lekor, burger dan macam- macam lagi.

Mungkin disebabkan keluarga saya pernah berniaga secara kecil- kecilan membuatkan saya untuk terus menceburi bidang ini. Melalui berniaga juga kita boleh mencari kenalan (dalam facebook n myspace pn boleh). Saya pernah disapa oleh seorang budak yang kenal saya kerana saya membuka gerai ABC (kedai runcit sekali, sbb jual dpn rumah). Dia tanya saya, “abg yang jual ABC tu kan?”. Saya pun Cuma mengiyakan apa yang dia tanya (popular jugak aku nie.Hehe).


Disebabkan kecenderungan saya untuk berniaga ni sangat tinggi, beberapa kawan saya pernah mengatakan saya tersilap ambil kursus sambung belajar. “sepatutnye ko amik kursus marketing shah”. Itulah yang mereka katakan tentang saya (sekarang kat UTM,Degree of Electrical Engineering).

Tapi tak mengapa. Kita cuba timba ilmu sebanyak yang mungkin. Ilmu Allah tak terhitung banyaknya. Saya harap, sesiapa yang ada pandangan atau pengalaman dalam berbisnes ni diharap dapat berkongsi dengan saya yang baru setahun jagung (muda lagi) nak mula berniaga. Dengan harapan, rezeki kita dirahmati Allah. InsyaAllah.

Salam Success.

Dengan Nama ALLAH



Alhamdulillah
. Akhirnya saya berjaya menghidupkan kembali blog saya. Saya pernah beberapa kali, cuba untuk menulis diruangan ini. Tapi disebabkan pelbagai masalah yang saya hadapi, saya gagal untuk cuba menjadi seorang blogger. Sekarang, saya cuba untuk belajar mengenai blogging ini. Mulanya pada saya, blog ini boleh menjana duit. Tapi setelah beberapa lama, saya lihat halaman blogger yang lain. Mereka lebih cenderung meluahkan pendapat mereka kerana bagi mereka blog ini seperti diari (pandangan peribadi saya).

Saya harap saya dapat membuka minda saya untuk meluaskan lagi pandangan saya dalam blog ini. ‘Think out of the box’. Frasa ini sering bermain dalam fikiran saya. Saya cuba menjadi sekreatif yang mungkin dalam mencari idea baru untuk apa jua yang saya cuba rancang dan laksanakan dalam kehidupan saya. Tetapi disebabkan ilmu di dada masih muda, saya selalu tersangkut untuk menjana idea yang bernas.

Oleh itu, segala pandangan dan komen dari sesiapa yang membaca hasil saya ini akan saya terima dengan ‘positive thinking’ kerana setiap kritikan itu membina walaupun pedih (adess). Yang pasti saya dari golongan yang suka belajar semua perkara (tapi tak hebat pun,cuma tahu serba sedikit je). Apa- apa pun, selamat datang ke Laman uNcL3. (^_^)

Dengan Nama ALLAH