Pages

Saturday, February 20, 2010

Bisnes

Saya berminat dengan bidang perniagaan. Bukan apa, seronok bila berniaga ni. Sedangkan Nabi Muhammad SAW (selawat dan junjungan ke atas Baginda SAW) pun pernah bersabda, 9 per 10 pendapatan atau rezeki kita datang daripada berniaga. Tak kisah la berniaga apa sekalipun. Jual goreng pisang, keropok lekor, burger dan macam- macam lagi.

Mungkin disebabkan keluarga saya pernah berniaga secara kecil- kecilan membuatkan saya untuk terus menceburi bidang ini. Melalui berniaga juga kita boleh mencari kenalan (dalam facebook n myspace pn boleh). Saya pernah disapa oleh seorang budak yang kenal saya kerana saya membuka gerai ABC (kedai runcit sekali, sbb jual dpn rumah). Dia tanya saya, “abg yang jual ABC tu kan?”. Saya pun Cuma mengiyakan apa yang dia tanya (popular jugak aku nie.Hehe).


Disebabkan kecenderungan saya untuk berniaga ni sangat tinggi, beberapa kawan saya pernah mengatakan saya tersilap ambil kursus sambung belajar. “sepatutnye ko amik kursus marketing shah”. Itulah yang mereka katakan tentang saya (sekarang kat UTM,Degree of Electrical Engineering).

Tapi tak mengapa. Kita cuba timba ilmu sebanyak yang mungkin. Ilmu Allah tak terhitung banyaknya. Saya harap, sesiapa yang ada pandangan atau pengalaman dalam berbisnes ni diharap dapat berkongsi dengan saya yang baru setahun jagung (muda lagi) nak mula berniaga. Dengan harapan, rezeki kita dirahmati Allah. InsyaAllah.

Salam Success.

No comments:

Post a Comment

Dengan Nama ALLAH