Pages

Tuesday, February 1, 2011

Jumpa Dekan???pergh~


Salam.

Selamat sejahtera kpd yg non-muslim. Setelah beberapa ketika ruangan sy kosong tanpa ditambah, sy ingin kongsikan di sini beberapa perkara yg bagi sy agak penting untuk dikongsikan bersama. Memandangkan cuaca hari ini kembali cerah dan mudah untuk sy menyambung urusan sy yg mana masih tergendala. Sebentar tadi, sy telah berjumpa Prof Abd Halim, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) atas ajakan Kak Umi MPM FKE untuk membentangkan dapatan soal kaji selidik seterusnya membincangkan hasil keputusan tersebut.

Ternyata penggunaan wireless internet di fakulti dan di kolej kediaman mahasiswa masih lagi di tahap yg kurang memuaskan. Kenapa sy berpendapat demikian? Hal ini disebabkan telah diwar- warkan UTM telah mempunyai teknologi yg semakin maju di mana 4G wireless telah menakluk UTM seiring dengan nama UTM Universiti Penyelidikan. Tetapi apa yg ingin sy kongsikan di sini, jika teknologi sebegini maju hanya utk dijadikan kebanggaan tetapi penggunaannya terbatas,agak merugikan mahasiswa kerana berdasarkan keputusan soal kaji selidik, perkhidmatan wifi di fakulti terletak di tangga yg paling rendah utk tahap kepuasan mahasiswa terhadap perkhidmatan dan fasiliti di FKE.

Seterusnya penyampaian maklumat mengenai program fakulti kurang mendapat sambutan mahasiswa baik dari segi penyertaan mahupun dari segi pelaksanaan. Sepertimana masalah ini pernah berbangkit dalam program Kursus Induksi SIFE yg telah sy ikuti bulan Disember lepas. Persoalan yang wujud, kerajaan mahupun pihak universiti dan fakulti telah merancang seterusnya melaksanakan pelbagai program dan inisiatif utk membantu mahasiswa. Tetapi kenapa masih ramai yg tidak sedar akan perkara ini. Jawapan yg sering sy berikan, penyampaian kurang meluas, hanya untuk mereka yg berkepentingan shj dan juga berlaku masalah komunikasi (miss-comunication). Oleh itu, selari dengan teknologi terkini, internet dijadikan medium yg penting dalam menyebarkan segala info yang terbaru yang berlaku dalam fakulti dan juga isu- isu semasa. Cadangan yg diberikan adalah mewujudkan satu laman(page) atau group dalam facebook agar info- info ini dapat disampaikan lebih mudah seterusnya mengalakkan penyertaan daripada mahasiswa.


Perkara yang menjadi isu seterusnya ialah pemahaman mahasiswa dalam Program Outcomes(PO) yg telah diperkenal oleh FKE agar mahasiswa dapat mencapai kesepuluh- sepuluh PO ini setelah mereka menamatkan pengajian di FKE, UTM. Kebanyakan mahasiswa ambil endah tak endah mengenai PO ini seterusnya perkara ini akan memberi impak dlm pembelajaran mahasiswa dan juga masa depan mereka. PO1, PO2 dan PO3 menekankan mahasiswa utk memahami konsep yg mereka belajar dalam kursus mereka. Tidak cukup jika mereka hanya melakukan latihan yang berulang kali untuk menyelesaikan masalah kerana mereka hanya akan menghafal jalan kerja untuk menjawab soalan ketika peperiksaan. Apa yang penting ialah konsep bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana situasi apabila kita di lapangan kerja memerlukan kita berfikir sendiri, tanpa tunjuk ajar daripada pensyarah, nota- nota kuliah, contoh- contoh past year paper tetapi apa yg diperlukan ialah kreativiti kita dalam menyelesaikan masalah itu. Sekiranya konsep asas ini difahami oleh mahasiswa, maka akan tiada masalah ketika mereka di lapangan kerja kelak.

Selain itu, penguasaan bahasa Inggeris dalam diri mahasiswa juga menjadi isu dlm perbincangan kami. Rata- rata mahasiswa mampu bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi masih ramai yg masih lemah dalam penulisan. Oleh itu, apa yang dapat disimpulkan ialah sikap dan mentaliti diri mahasiswa tersebut perlu diubah. Ramai yg masih selesa dengan keadaan masing- masing dan tidak pro- aktif dalam apa yg mereka pelajari ketika kuliah. Rata- rata lebih mengharapkan nota yg diberikan oleh pensyarah dan begitu jarang untuk merujuk buku rujukan. Kebanyakan mahasiswa ‘manja’ dan hanya menunggu ilmu utk disuapkan dan meminta markah tambahan (markah kasihan) menjelang hujung semester.

Yang terakhir, program- program yg sering dilaksanakan perlulah mencapai objektif program contohnya Global Outreach Program (GOP) di mana mahasiswa diberi peruntukan ke luar Negara utk melihat sendiri bagaimana kemajuan dan pencapaian Negara lain berbanding Negara kita seterusnya sekembalinya mereka ke sini mereka akan berkongsi pengalaman dan sangat digalakkan jika terdapat ruang dan peluang utk kita memperbaiki kekurangan kita di sini. Tetapi apa yg berlaku ialah segelintir mahasiswa mengambil kesempatan ini utk melancong dan bkn bertujuan utk membantu fakulti seterusnya university. Kemungkinan kelak, peruntukan dan kelulusan mahasiswa akan lebih ketat utk melaksanakan GOP jika keadaan sebegini tiada perubahan ke arah yg lebih baik.

Kesimpulannya, banyak perkara yg ditekankan oleh Prof Halim terkena pada diri sy. Masih banyak yg perlu sy perbaiki jika sy ingin menjadi seorang jurutera yg kompetitif dan juga dapat membantu seluruh umat Islam seterusnya umat manusia. Tetapi apa yg penting ialah, berubah!!!


Tujuan sy menulis dlm ruangan kali ini adalah utk berpesan pd diri dan mengajak semua agar berubah ke arah yg lebih positif dan pro aktif kerana kita adalah generasi pelapis kepada pemimpin masa kini. Oleh itu, ingin sy tekankan di sini sy ingin berubah utk menjadi mahasiswa yg lebih kompetitif, positif dan pro aktif. Dan sy juga mengajak sahabat- sahabat yg membaca tulisan sy ini turut sama berubah kea rah yg lebih baik daripada sebelum ini.

p/s : Segala komen dan cadangan amat sy perlukan jika sy ada melakukan sebarang kesilapan. Kritiklah sy dengan kritikan yg membina dan merubah sy ke arah yg lebih positif. Semoga ALLAH membantu kita, umat Islam dan memberikan petunjuk dan hidayah kepada semua umat Islam. Amin…

InsyaAllah di ruangan akan dating sy akan kupas isu semasa di UTM memandangkan pilihanraya kampus (PRK) UTM bakal menjelang. InsyaAllah~

Salam.

Dengan Nama ALLAH