Pages

Monday, July 19, 2010

Youthsays...

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari nie cuaca kat UTM sejuk dan tenang je. Mata pn berat je nk buka, mungkin sebab tidur lmbt mlm tadi. Terasa membuang masa mlm tadi,tp xmengapa sbb smlm terjumpa cara yang bijak untuk mencari duit. Tp bukan dengan skaligus, kena berusaha dengan perlahan- perlahan. Thanks to sahlee sbb bila dia yg mintk ajar cara- cara nk dpt benefit drpd website survey tu “makin banyak ilmu kita ajar pd yang lain, makin byk ilmu yang kita dapat”. ($_$)

Al- kisah untuk hari ni, saya bangun agak lewat dan terlajak solat subuh pagi ni. Nak kata penat badan, xbanyak keje mlm tadi. Entahlah, mungkin mind setting sebelum tidur. Pagi ni plak, da siap awal- awal (even da lmbt) nak pergi kelas. Tunggu punya tunggu sahabat- sahabat lain, baru bertolak ke kelas. Tapi yang menghairankan, kenapa 4 orang je yang ke kelas??? Mungkin yang lain lebih awal, mungkin ada yang kurang rajin ke kelas. Mungkin………….. Bila sampai kelas, kosong. Lagi terkejut, sebab xde siapa pn. Lampu menyala. Lepas call classmate lain…… Rupa- rupanya saya terlupa jadual da berubah, smlm pensyarah da inform. Patut xde orang dlm kelas. (-_-!)

Mungkin ada hikmah kami ke kelas pagi tadi. Saya kena sambung kerja yang tertangguh untuk unit saya sempena program kolej hujung minggu nie. Mujur saya cuma orang bawahan, xperlu pening- pening untuk fikir Cuma penat menurut arahan. Tapi masalah yang mengganggu saya, program ni berubah perancangan sehingga menghampiri tarikh pelaksanaan (ad-hoc). Saya pn terpaksa melengah- lengahkan tugas saya, sebab penerangan yg saya peroleh sedikit berbeza dengan yang sebelum nie. Tapi salah saya juga, “bertangguh itu pencuri masa”. (*_*)

Walau apapun, saya kena fokus dengan matlamat saya, BELAJAR sehingga BERJAYA. Perkara yang melalaikan, harap dapat dielakkan dan dijauhkan. Saya cuba untuk mengubah sikap saya, cuma saya perlu sedikit sokongan supaya berlakunya anjakan paradigm. Saya cuma berharap pertolongan dari-Nya, semoga diberi petunjuk dan hidayah menuju ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.............

1 comment:

Dengan Nama ALLAH