Pages

Monday, August 23, 2010

Pembetulan

Salam...

Malam ni,saya xdapat nk sama-sama tunaikan solat sunat tarawih. Mungkin disebabkan terkena hujan tadi, kepala rasa pening. Lepas rehat dalam setengah jam, baru rasa sedikit lega. Banyak lagi kerja yang tertangguh untuk diselesaikan. Tujuan utama saya menulis dalam blog nie kerana kesilapan saya yang saya anggap sangat tidak teliti ketika membuat sesuatu kerja.

Pada permulaan bulan ramadan, saya telah post satu ruangan mengenai kelebihan ramadan. Sangkaan saya, hadis yang saya sebarkan itu sahih dan saya tidak mengkaji dengan lebih lanjut. Tetapi malam ni, saya terjumpa satu artikel yang mengatakan hadis yang saya paparkan itu hadis palsu. WALLAHUALAM. Saya mohon maaf kepada sesiapa yang telah membaca dan menyebarkan apa yang telah saya siarkan dlm blog saya.

Di sini saya sertakan link di mana saya terjumpa penerangan yang membuatkan saya remove artikel saya tempoh hari.

Sekali lagi saya memohon maaf kerana khilaf saya yang terlalu mengejar pembalasan di atas segala apa yang saya kerjakan. Jika ada apa-apa cadangan atau komen, saya galakkan. Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada saya dan kita semua. Amin...

Salam...

No comments:

Post a Comment

Dengan Nama ALLAH