Pages

Monday, July 19, 2010

UTM oh UTM...

Da lama xmenaip kat blog nie. Memandangkan laptop da kena samun oleh penyamun yang suka menyamun, saya terpaksa meminjam sahabat- sahabat nye laptop. Mungkin ade hikmah yg ingin Dia tunjuk kepada saya. Siapa tahu???


Sebenarnya saya agak sibuk dengan kuliah dan program yang selalu mencuri masa saya untuk menyambung penulisan saya dalam blog nie. Minggu pertama kuliah da lepas, penuh dengan ‘kesesatan’ untuk mencari kelas dan seksyen. Bagi saya, semua da dirancang dengan teliti. Tetapi kita sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran. Jadual yang saya dapat sebelum cuti ternyata salah dan sedikit tunggang terbalik. Saya minta maaf la kat sahabat- sahabat yang copy jadual saya. Sama- sama la sesat ye???hehe... (^_^)

Cuaca kat UTM semenjak dua nie agak sejuk dan nyaman. Sampai nak solat subuh pn agak berat. Azam nak jemaah subuh di masjid masih belum kesampaian (-_-!). Tapi xmengapa,esok azam lagi. Kuatkan jiwa, kukuhkan iman.

Pelbagai perancangan untuk study dan bisnes telah saya rancang. Hendaknya, jadilah. InsyaALLAH. Saya cuba perbaiki kekurangan saya pada semester yang lepas dan tingkatkan kelebihan saya. Cuma saya kena lebih banyak belajar membahagikan masa.

Semoga kita tidak dilalaikan oleh perkara yang tidak berfaedah. Ya ALLAH, tunjukkan kami ke jalan yang lurus. AMIN...

No comments:

Post a Comment

Dengan Nama ALLAH