Pages

Friday, June 22, 2012

Route To Be Professional Engineer (PEng or Ir.)



Kepada pemegang-pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa), berikut adalah langkah-langkah ke arah menjadi seorang Jurutera Professional (PEng or Ir.) :

1. Daftar sebagai Jurutera Siswazah di Board of Engineer (BEM) secara online, pendaftaran biasanya mengambil masa 1 hingga 3 bulan, pastikan semua salinan disahkan oleh Jurutera Professional (sebaik-baiknya sama bidang dengan anda) atau disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

2. Selapas anda berjaya didaftarkan sebagai Jurutera Siswazah, hadiri 3 kursus wajib di Institute of Engineer Malaysia (IEM), iaitu kursus Code of Ethics, Engineering Management dan Safety and Health. Yuran bagi setiap kursus adalah RM350.00, jumlah semua RM1050.00.

3. Kemudian anda perlu menghadiri kursus yang berkaitan dengan Engineering Discipline anda, contohnya Electrical, perlu hadir kursus Power System Protection, Power Transformer dan lain-lain. Jumlah kursus yang perlu hadir adalah 4 kursus (6 jam setiap kursus).

4. Kemudian perlu hadir seminar,talks, meeting dan community service bagi mendapatkan 30 unit CPD.

5. Cari pengalaman 3 tahun, pengalaman untuk hadir Professional Interview di ambil kira dari tarikh graduate, manakala pengalaman untuk daftar sebagai PEng bermula dari tarikh berdaftar sebagai Graduate Engineer. Setelah cukup pengalaman 3 tahun hadir Professional Interview (PI) di IEM, kena bawa report pengalaman sekali. Jurutera Siswazah boleh diketegorikan kepada 3 jenis :

5.1 Jurutera Rekabentuk, biasanya bekerja dengan perunding M&E, buat estimate harga, design single line diagram, lukisan AutoCAD, meeting dengan client, lawat tapak dan lain-lain lagi.


5.2 Jurutera Pengajar, biasanya mengajar di Universiti, kolej dan institute, sebaik-baiknya mengajar di tahun 3 atau 4 program yang di accredited oleh Engineering Accreditation Council (EAC), tapi kalau program tidak di accredited ada option lain iaitu just ambik Master in Elec. Eng. (M.E.E) secara full time. Walau bagaimana pun Jurutera Siswazah perlu ada practical experience selama 1 tahun di Industri.


5.3 Jurutera Penyelenggaraan, yang nie paling best sebab boleh buat Competent Engineer dan Servicing Engineer kat Suruhanjaya Tenaga, tetapi kena buat log book sama macam Chargeman dan Wireman, log book perlu disahkan oleh PEng yang same branch dengan kita (contonhnya Electrical). Baca buku Akta Bekalan Elektrik 1990 serta Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 untuk lanjutan.

6. Selepas LULUS interview, perlu menduduki peperiksaan, ada dua paper, pertama Code of Ethics, dan kedua Essei Pengalaman Lepas.

7. Itu sahaja, anda LAYAK untuk berdaftar sebagai JURUTERA PROFESSIONAL (PEng atau Ir.).






source : http://chargemancourse.blogspot.com/2012/03/route-to-be-professional-engineer-peng.html

No comments:

Post a Comment

Dengan Nama ALLAH