Pages

Saturday, June 5, 2010

Malaysia yang ku cinta...



Saya syg negara saya. Tetapi...

Negara Malaysia Negara Islam. Tetapi mengapa perkara haram masih berleluasa? Mungkin kita dalam proses membaik pulih negara ke arah menegakkan syiar Islam. MUNGKIN.....

Apakah rasionalnya judi dihalalkan demi mengelakkan perjudian yang haram? Mungkinkah perkara haram yang lain akan dihalalkan demi mengelakkan sesuatu yang memang sudah haram (pelacuran)? MUNGKIN.....

Palestin dijajah dengan sewenang- wenangnya demi kepentingan zionis ISRAEL!!! Isu palestin ini bukan sekadar isu agama sahaja kerana isu ini lebih kepada isu kebebasan dan kemanusiaan. Apakah agaknya keadaan kita, jika kita berada di tempat mereka? Mungkinkah insan lain akan prihatin terhadap kita, jika isu Palestin ini pun kita ambil endah tak endah? MUNGKIN.....



Kenapa kita makin dihimpit dengan pelbagai masalah di negara kita yang tercinta, Malaysia? Mungkinkah pemimpin- pemimpin kita makin jauh daripada perintahNya? MUNGKIN.....

Semoga keamanan di negara kita dapat dikekalkan dan ditingkatkan. Kegemilangan sesebuah negara dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi, JIKA pemimpin dan rakyat bersatu menurut perintah dan menjauhi laranganNYA. JIKA.......................

No comments:

Post a Comment

Dengan Nama ALLAH