Pages

Wednesday, January 12, 2011

Larangan yang Dibantah (ARAK)...


Salam dan selamat sejahtera kepada yang bukan Islam. Hari ini saya terbaca berita MPSJ Larang Umat Islam Kerja Di tempat Jual Arak di www.malaysiakini.com dan apa yang saya fikirkan langkah ini adalah salah satu langkah yang sangat baik seiring dengan hadis Rasulullah SAW :


عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Garis panduan yang ditetapkan oleh majlis perbandaran itu mendapat tentangan sebahagian besar daripada sektor hiburan kerana SEBAHAGIAN BESAR daripada pekerja mereka adalah orang ISLAM!!! Saya tertanya- tanya mengenai isu ini kerana apa yang menghairankan saya kenapa ada yang membantah perkara ini sedangkan sudah ternyata hasil daripada jualan arak itu sendiri adalah HARAM. Dan seperkara lagi, bagaimana pekerja ISLAM boleh bekerja di tempat- tempat sebegini? Mungkin perintah ALLAH belum sampai kepada golongan ini. Mungkin…….

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah saya selaku rakyat yang tinggal di Negeri Selangor menyokong syarat yang dikenakan oleh MPSJ dan berharap agar syarat ini dikuatkuasakan di seluruh peringkat seterusnya Malaysia. Dan kepada mereka yang beragama ISLAM, kembalilah ke ajaran ISLAM kerana makin ramai yang memandang serong terhadap ISLAM kerana umatnya yang berkelakuan sedemikian.

Saya berharap dan berpesan kepada diri saya sendiri agar larangan ALLAH dapat kita jauhi dan patuhi kerana bagi pandangan saya, umat ISLAM kian berpecah dari hari ke hari. Mungkin kita kurang mendalami ilmu ISLAM itu sendiri, tetapi kita juga perlu saling nasihat menasihati sebagaimana dalam surah al-asr yang meyuruh kita saling nasihat menasihati ke arah kebenaran.

Jika apa yang saya kongsikan dalam ruangan ini ada silap dan salah, maafkan saya dan tolong tegur saya dengan kritikan yang membina agar dapat saya betulkan kesilapan saya dan terus belajar dari kesilapan dan kekurangan saya. SALAM…

p/s : Maka dengan demikian, duit yang terhasil dari perkara haram, adalah haram bagi diri pekerja dan diri ‘pemberi gaji’. Oleh itu, wajib kepada pekerja mengambil duit tersebut dan diberikan kepada tempat-tempat kebajikan, seperti rumah anak yatim, fakir miskin dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Dengan Nama ALLAH