Pages

Monday, May 17, 2010

APCO

Salam. Saya terpanggil untuk menyatakan pandangan saya mengenai APCO worldwide yang sering didakwa oleh DSAI yang dikatakan berkait rapat dengan kerajaan haram Zionis Israel. Jika benar apa yang dikatakan beliau, kita tidak patut memandang enteng perkara begini. Perkara ini bukan mainan, kerana jika benar apa yang dikatakan oleh DSAI maka negara kita dalam bahaya.

Tetapi malangnya, generasi muda (golongan mahasiswa) seolah- olah tidak menghiraukan perkara ini. Sebentar tadi, saya ditegur seseorang bertanyakan hal mengenai APCO worldwide. Mengapa persoalan ini wujud dalam kalangan kita? Apakah rakyat Malaysia khususnya mahasiswa tidak sedar akan kewujudan syarikat gergasi ini? Tidakkah mereka mengambil tahu perkembangan yang berlaku di dalam Malaysia? Bukan setakat bola sepak sahaja yang perlu kita tahu!

Semoga kita sedar akan apakah kesan daripada sikap kita ini. Dengan harapan, negara kita yang dicintai ini tidak tergadai sekali lagi. Semoga kita dapat keluar daripada belenggu pemikiran yang dijajah. Semoga negara kita menjadi aman dan tiada lagi ancaman dalaman yang merosakkan kita dari dalam. Semoga Tuhan melindungi kita.


26 April 2010

8:10pm

No comments:

Post a Comment

Dengan Nama ALLAH